Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar menerima keputusan rakyat pada Sabtu ini.
Ujarnya, setiap calon dan parti perlu menunjukkan semangat yang tinggi dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya kalah.